Friday 2 March 2012

WORLD KIDNEY DAY 2012


4 MARCH 7.00AM AT DATARAN MERDEKA
Pencegahan penyakit buah pinggang serta galakan menderma organ selepas kematian merupakan tanggungjawab kita bersama sebagai masyarakat 1Malaysia. 'Dermalah Organ Demi Kehidupan'--- KEMENTERIAN KESIHANTAN MALAYSIA

Masalah orang Kelantan akan diselesaikan


PM janji selesai masalah rakyat K'tan jika BN perintah
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Kelantan memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah negeri ini  pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi  membolehkan BN menyelesaikan masalah dihadapi rakyat selama di bawah pemerintahan PAS.
  
Perdana Menteri berkata kerajaan BN mampu menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah bekalan air, masalah ladang rakyat,  masalah kemudahan asas dan masalah perumahan rakyat.
  
"Di bawah kerajaan BN, Insya-Allah jika diberi mandat  nanti, kita jamin masalah air selesai, kita akan jamin masalah ladang rakyat  selesai, kita akan jamin kemudahan asas selesai, kita jamin perumahan rakyat  akan kita laksanakan," katanya ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 1Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli di Jeli hari ini.
  
Ucapan perdana menteri itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira -kira 20,000 orang yang hadir di majlis itu.
  
Perdana menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini turut melaungkan "Gelombang Merah" dalam mengajak rakyat Kelantan membuat perubahan dengan memberi mandat kepada BN untuk kembali memerintah negeri ini.

Najib berkata kerajaan BN akan mengubah landskap negeri ini dengan  pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju.
  
"Insya-Allah landskap Kelantan akan berubah tetapi tetap berpaksikan  kepada Islam, ilmu akhlaknya tetap kita pertahankan," katanya.
  
Beliau berkata PAS terbukti tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah  yang dihadapi rakyat walaupun sudah lebih 20 tahun memerintah negeri ini,  sejak 1990.
  
Katanya PAS tidak mempunyai agenda untuk membangunkan rakyat dan  negeri ini, sebaliknya apa yang diutamakan pemimpin itu ialah hanya kemenangan  pilihan raya.
  
"Kelantan... kita nak maju, orang Kelantan ramai cerdik pandai, inilah tempat kita nak majukan umat Islam," katanya, sambil meminta rakyat memberi sokongan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam membawa perubahan di Kelantan.

Mustapa adalah anggota Parlimen Jeli dan Pengerusi Badan Perhubungan  Umno Kelantan.
  
"Oleh itu, adik kakak sekelian, ambo (saya) nak pesan, kalau sayangkan ambo, kena sokong Datuk Pa ini, Datuk Pa orangnya jurus dan rajin, Datuk Pa, siang malam kerja," katanya sambil menyatakan bahawa Mustapa gigih membawa pelaburan ke Malaysia di mana tahun lepas sebanyak RM105 bilion.
  
Perdana menteri juga berkata penubuhan Universiti Malaysia Kelantan,  yang mendapat sokongan kuat daripada beliau, menunjukkan  kerajaan BN mengutamakan ilmu untuk rakyat.
  
Pada majlis itu, perdana menteri turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada penduduk di Parlimen Jeli.

- Bernama
Kalau Kelantan diperintah oleh kerajaan BN, bagus juga Rakyat Kelantan sekurang-kurangnya dapat air bersih yang bebas daripada penyakit e-coli... kan!!