Wednesday 7 March 2012

International Women's Day 2012

http://www.un.org/womenwatch/feature/ruralwomen/

宣布取消公务员新薪金制 纳吉:改善现有大马薪制

在公务员新薪金制招致强烈反弹下,首相纳吉今日宣布取消这项新薪金制(SBPA),并继续沿用现有的大马薪金制(SSM)。

纳吉今日在布城举行的公务员集会上,当众宣布这项消息。

他说,政府已经听到公务员的不满心声,因此决定取消这项引起争议的新薪金制。

“随着这项决定,我们将沿用大马薪金制,并加以改善。”

Polis siasat pekebun OKU berhubung surat Mong

Polis siasat pekebun OKU berhubung surat Mong
Selepas bantuan kebajikan dan subsidi pertaniannya dihentikan kerana didakwa menyokong pembangkang, pekebun kurang upaya Frusis Lebi, hari ini disoal siasat oleh polis.
Beliau dipanggil ke balai polis Sri Aman pada jam 10.30 pagi berhubung laporan polis yang dibuatnya yang mendakwa Menteri Muda Pertanian Sarawa, Datuk Mong Dagang mengarahkan bantuannya dihentikan.

Ketika dihubungi, Frusis berkat, polis ingin tahu siapa yang mendedahkan surat itu dan bagaimana arahan mengenai pemberhentian bantuan itu disampaikan kepadanya.

"Mereka juga tanya sama ada saya tahu mengapa bantuan saya dihentikan dan mengapa saya membuat laporan polis.

"Saya jelaskan kepada mereka bahawa Mong salahgunakan kuasa dan saya sekarang sangat tertekan kerana dia melanggar hak saya sebagai rakyat Malaysia," kata Frusis.
Tak tahu nak buat macam mana
Mong pada Isnin, ketika dihubungi akhbar harian Inggeris The Sun mengakui mengeluarkan arahan menghentikan bantuan kepada pekebun itu dan mendakwa Frusis tidak layak ditolong kerana "beliau mampu menanam padi dan menunggang motosikal seperti manusia normal."
"Doktor sahkan bahawa saya cacat tapi tindakan Mong ini telah menyusahkan saya," keluh lelaki yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya itu.

Ditanya sama ada beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan berkenaan semula, Frusis berkata: "Saya tidak tahu hendak buat macam mana?"

Sementara itu, ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald (kiri)yang membantu Frusis, berkata polis tidak merakamkan kenyataan Frusis tetapi semata-mata hanya mahu melakukan laporan susulan.

"Tiada perubahan yang dibuat kepada laporan polis asal... mungkin mereka harap dengan cara halus mereka boleh memaksanya mengubah laporan, "katanya.

Leon juga mendesak Mong yang merupakan ADUN Bukit Begunan supaya meletakkan jawatan sebagai menteri muda dan juga wakil rakyat kerana enggan menarik balik arahannya itu.

"Ini menunjukkan betapa angkuh dan bongkaknya... ini adalah diskriminasi dan pencabulan hak untuk berpersatuan Frusis '. "

Sementara itu, Mong hari ini sekali lagi mempertahankan tindakannya untuk menghentikan bantuan kepada Frusis dengan berkata  adalah hak demokrasi bagi beliau berbuat demikian.

"Setiap orang mempunyai hak-hak demokrasi, begitu juga dengannya dan diri saya, oleh itu saya mestilah adil dan memberi bantuan kepada orang kurang upaya yang lebih layak daripada Frusis," katanya yang dipetik oleh Borneo Post.

Mong, dalam laporan itu, berkata beliau akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat bagaimana suratnya itu dibocorkan dan mencadangkan pihak pembangkang untuk memberikan bantuan kepada pekebun itu.
Perbuatan tak berperikemanusiaan
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee  kesal dengan tindakan Mong yang terus mempertahankan tindakannya menghentikan bantuan kebajikan kepada Frusis.

“Ini adalah suatu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan terhadap OKU.

“Sungguh malang sekali nasib OKU ini, subsidi baja percuma dan benih pokok ditarik balik semata-mata menyokong pembangkang,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Beliau juga mempersoalkan nasib rakyat yang jauh di pedalaman yang pasti lebih teruk diugut jika mereka tidak menyokong BN.

“Beginikah cara pemimpin BN menjaga kebajikan rakyat?

“Sanggup melakukan apa saja, demi menjaga kepentingan politik, sampai sanggup mengugut rakyat dengan tindakan yang zalim,” katanya.

Sehubungan itu, Jofri mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Kita harap parti yang memerintah jangan berlaku zalim dan tidak adil keatas rakyat sebab mereka berhak untuk memilih sesiapa saja yang mereka fikir sesuai dan adil untuk jadi pemerintah,” katanya lagi.

(sumber dari Malaysiakini)

Hujan lebat akibatkan banjir kilat di Lembah Klang

Hujan lebat akibatkan banjir kilat di Lembah Klang
Hujan lebat dan ribut selama beberapa jam yang melanda Lembah Klang semalam menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kejadian itu melibatkan kerosakan harta benda awam.

Beliau berkata hujan dan ribut yang melanda sejak lewat petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air antara setengah meter dan semeter, termasuk Kampung Melayu, Subang, Jalan Peel dan Kampung Baru.

"Banjir kilat juga dilaporkan berlaku di kawasan Keramat Luar, Bangsar dan Jalan Syed Putra," katanya.

Jurucakap itu berkata tanah runtuh berskala kecil turut berlaku di kawasan cerun bukit di Apartmen Spring Villa, Ukay Perdana, Ampang dalam kejadian 9 malam itu.

Tinjauan juga mendapati berlaku gelinciran tanah di kawasan tinggi namun pergerakan tanah tidak menjejaskan kawasan apartmen berkenaan.

Satu lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan cerun di Jalan Kampung Atap dengan seorang mangsa yang terperangkap dalam kenderaannya berjaya dikeluarkan bomba.

Selain itu, kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menghempap sebuah bas yang diparkir berhampiran lampu isyarat.

Di ampang, hampir 400 penduduk dari dua kampung dipindahkan malam semalam apabila rumah mereka yang rata-rata terletak berhampiran sungai dinaiki air.

Banjir berikutan hujan lebat di Lembah Klang petang semalam turut menyebabkan beberapa rumah di tebing sungai kawasan itu dihanyutkan.

Dua kampung terlibat ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga membabitkan 150 rumah.

- Bernama