Tuesday 3 April 2012

Periksa sendiri kenaikan gaji ikut SSM

Penjawat awam perlu mengambil inisiatif sendiri memeriksa kenaikan gaji masing-masing mengikut jadual kenaikan gaji baru di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi memastikan mereka menerima kenaikan sepatutnya.
President CUEPACS, Datuk Omar Osman, menyarankan supaya semua penjawat awam membaca dan memahami Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru itu sebelum menandatangani apa-apa persetujuan.

"Ini kerana sebelum ini banyak masalah timbul selepas menandatangani disebabkan penjawat awam sendiri tidak memahami kenaikan gred dan berharap ia tidak akan berlaku selepas ini.

"Mereka perlu peka terhadap kenaikan gaji  mereka sendiri dan membuat perbandingan mengikut jadual baru serta meneliti dengan baik semua pembayaran bermula Januari 2012".

No comments:

Post a Comment